wah!...malas nak menulis sebenarnya tapi nak juga update blog *menulis dalam kemalasan lagi*. pada hari selasa bersamaan 21 Feb 2012 merupakan hari hitam bagi keluarga saya dan saya. nak tahu kenapa, sebab ada tetamu yang tidak diundang telah datang melawat rumah mak dan ayah a.k.a pencuri...hampir terhenti sekejap jantung apabila menerima panggilan daripada kakak yang memberitahu kejadian tersebut *kenapa ayat macam skema semacam je bunyinya ni, ahakzz*. kakak tu tak duk sekali denagn mak pun sebenarnya..kakak duk terengganu, mak di kelantan,.mak tepon kakak je..sangat terkejut sampai tak teringat yang anaknya ada lagi sorang duk kola lompo ni haaa..sabo jo lah..haha i love you mak...dah dapat panggilan tu, saya terus call mak tanya keadaan macam mana..nasib baik masa pencuri masuk tu tak ada sape kat rumah, waktu pagi jadi semua orang pergi kerja..bila mak balik tengok pintu dapur terbuka sedikit *itu mak yang cakap bukan saya yang cakap*. mak masuk rumah perlahan-lahan, ya ampun habis bersepah rumah macam kapal pecah *itu pun mak saya yang cakap*. mak terus masuk bilik check semua barang, urmm memang dah tak ada...apa yang tak ada???..duit beriban riban keeee????..uisshh tak kan la nak simpan duit beriban riban dalam rumah..dalam bank pun belum tentu ada..ahakzz..haha...yang tak ada tu duit dalam tabung, dekat 200 lebih jugak laa..nasib baik mak dah sorok beg tangan dia, pencuri tu tak pandai cari so tak jumpa..padan muka pencuri tu..kalau jumpa makin banyak la mereka dapat..duit dalam bilik adik saya pun pencuri tu kebas, tepon dia kebas sekali dengan semua charger...dan paling sedih notebook adik saya pun dia kebas jugak..
saat sedih bila adik saya balik daripada sekolah tengok ada polis kat rumah. adik saya tanya mak, kenapa ada polis..mak cakap tak ada apa..mungkin dia rasa tak sedap hati, dia terus meluru ke arah almari yang dia simpan notebook tu..tengok dah tak ada...encik polis bagitahu dia yang notebook ada orang pinjam taknak hantar, urmm kesian diaaa...TAPI lagi kesian pada pencuri-pencuri tu semua sebenarnya. kenapa mereka memilih untuk mencuri sedangkan banyak lagi kerja halal yang mereka boleh lakukan..mereka semua dilahirkan untuk menjadi baik, tak ada seorang pun dilahirkan untuk menjadi jahat. mereka tak rasa rugi ke hidup dalam mencuri..sedih bila memikirkan hal yang sebegini.ya Allah ruginya mereka ni...
hah!!..ini hal berkaitan phone pulakk...1 day after kejadian tu, keesokkan harinya phone saya pulak rosak!..agagagaga..dah la banyak benda penting yang melibatkan phone semenjak dua menjak ni...nak call mak update pasal kes kecurian tu, pastu tunggu panggilan dari penyewa baru rumah..nak dienakkan cerita, saya ada iklankan pasal siapa-siapa yang mahu sewa rumah kat mudah.com.my..letak nombor phone saya..habis phone rosak kalau ada orang call memang tak dapatla..dah la urgent mahu penyewa baru..adoi sakit betul..mesti orang yang call tu menyumpah seranah sebab ingat saya main-main..dah call tak dapat kan...habis leerrrrr..mohon maaf semua..haha...oke itu je nank cerita..(^_^)
buku 555 :
maaflah karangan berterabur, dah tak reti nak tulis karangan macam mana.maklumkan masa PMR je dpt A..yang faham tu untung leerrr..yang tak faham tu, baca 2 3 kali nanti faham lerr..haha (^_^)v peace
dugaan.sabar ye.
BalasPadamberat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul..
BalasPadambest ah blog akak . . follow done . kalau tak kesah follow kite balek . thankie
BalasPadam:) selamat berkenalan kawan. :)
BalasPadamTurut simpati . Dugaann... :(
BalasPadam