hari ni aku nak berkongsi satu cerita best dengan korang semua..ok, isnin yang lepas aku diberi peluang untuk menonton preview 2 KALIMAH yang bertempat di sunway piramid..terima kasih kepada kawan aku yang last minute dengan rela hati memberikan tiket kemenangan dia untuk aku..hehe..2 KALIMAH ni dibintangi pelakon Shaheizy Sam, Nora Danish, Yana Samsudin dan ramai lagi...disini aku sertakan sekali sinopsis cerita ni..
2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.
Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.
Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.
Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.
Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.
Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?
Filem ni terbitan Metrowealth Pictures (MIG) dan diarahkan oleh Eyra Rahman
pelakon utama
aku dan nora danish :)
aku dan mikail andre
aku dan niezam zaidi
aku dan Mejar David Teo
apa yang aku boleh cakap ialah, cerita ni banyak pengajaran yang tersurat dan tersirat..jadi untuk kawan-kawan blog ni, aku syorkan kamu kamu dan kamu pergilah tengok di pawagan berhampiran..cerita ni akan keluar pawagam pada 4 APRIL 2013..jom serbu pawagam berdekatan!.