Isnin, 16 Januari 2012

dapat jadi MAMA!!!

assalamualaikum...(^_^)...

haaaa terkezutt tak dengan tajuk entri kali ini???..hahaha..yeeeee saya dapat jadi mama TAPI untuk 3 jam je..jangan marah haaaa..saya ni memang alergik pada baby-baby, kanak-kanak..bukan alergik apa, alergik tak boleh jumpa mesti rasa nak pegang..hihi..i love babies much much much...

weekend minggu lepas..(eerrr ke 2 minggu lepas ehh, sorry i forgot, cehh dah lama baru nak update) ceritanya bermula macam ni, saya bersama kawan-kawan ofis pergi lunch sama-sama, kemudian masa balik tu kawan nak singgah public bank sekejap. pada masa tengah tunggu kawan, terserempat dengan seorang kakak mendukung anaknya yang masih baby (baru lepas berpantang). kakak yang dukung baby tu nurse kat HKL, masa tu dia tengah tunggu suami dia datang jemput nak hantar anak dia kat rumah pengasuh..sementara menunggu tu, saya minta kebenaran nak dukung anak kakak tu..kakak tu kasiiiiiiiiiiiii wow suka suka!!

sembang dengan kakak nurse tu, saya bagitau kakak tu nanti kalau takde orang nak jaga baby masa weekend boleh la hantar kat rumah saya, lagipun rumah kakak tu dengan rumah saya sama tempat cuma bezanya floor jee..saya pula weekend memang takde kerja..kalau ada pun kerjanya ialah TIDO sajeee...hihihi...so, kakak tu dengan excited nya terus amek nombor talifon saya..saya pun excited jugak sebenarnya, mana tak nya baru pertama kali jumpa, nama pun tak tahu tiba-tiba terus dapat jaga baby kakak tu..wowwww...mungkin sebab wajah saya ni wajah seorang yang boleh dipercayai kowt..hahahaha..ingat senang ke orang nak kasi kita jaga anak mereka, lagi-lagi baby tu baru je sebulan lebih..

oke, malam sabtu tu kakak tu ada mesej saya tanya ad kerja tak hari sabtu, saya cakap takde...kemudian dia cakap..kalau akak kerja esok nak suruh kamu tolong jagakan Faiq (nama baby)...masa tu gembira tak terkata..saya cakapla, boleh saja akak(^_^)...past sampai mesej esok akak tu cakap dia tak kerja pulak hari sabtu..oke sad :(

tapii hari ahad tu, akak tu mesej tanya saya ada kat rumah tak sebab dia nak suruh saya jagakan Faiq sekejap sebab dia nak pergi beli barang kat UO..wahh saya dengan hati yang gembiranya terus cakap 'oke akak boleh'..then, hari ahad tu jaga la baby Faiq yang comel tu..walaupun hanya sejkejap je tapi sangat bermakna..(^____^)

nak tengok gambar baby Faiq yang comel tak????..nak! oke saya upload yeaa..(^_-)






7 ulasan:

  1. Balasan
    1. hyee. i'm ur new follower. ;) babies sgt comel! sy suka jugaaaaa. <3 <3 <3

      Padam
  2. saya takut pegang baby.. hehe

    bw kat sini .. jemput singgah ke blog :)

    BalasPadam
  3. salam kenal... tahniah sbb dpt jd mama sekejap...huhu...awk jg kejap ok lg, cube try jg satu ari suntuk, mesti dia meragam time nk bg susu botol sbb dia nk susu ibu je..huhu...

    BalasPadam
  4. wah,best nye dpt jga bby ^^ saya pn addicted dgn bby :)) msti nak pegang lbh-2 lg klau ada terserempak dgn bby msa jln-2 xD jemput singgah ke blog saya yee :)

    BalasPadam