Ahad, 25 November 2012

tak tahu nak letak tajuk apa

assalamualaikum pembuka bicara..(^___^)v

heyy youuuu...bosan..weekend..tak ada benda nak buat..esok dah kerja..hanya tinggal berdua dirumah dengan cik kakak nurul...yang lain entah pergi mana...berdua tengok wayang dirumah bersama nurul *tak romantik* hahaha weekend yang sangat indah kan???..apa-apa je lah..

sebenarnya tak ada apa pun aku nak bercerita ni, saja je nak menulis merepek meraban yang entah apa-apa sebab aku bosan..yepp bila aku bosan mula la tangan aku ni gatai nak menulis..ni nasib baik aku sedang berada depan laptop..kalau tak habis semua kertas aku conteng..lukis muka orang tu, muka orang ni..muka monyet..muka orang hutan..hahaha..heyyy hello i got A in pendidikan seni visual stpm yea kawan-kawan..hahahaha..kiranya ada la sikit bakat seni mengalir dalam badan aku ni..

hurm dah beberapa bulan aku tak praktis..praktis apa???..praktis bakat seni laaa..tak apa nanti ada masa nak praktis sampai lebam! kalau dulu weekend ada Tuah *tetiba teringat Tuah*..dia la peneman walau sering ditinggalkan oleh aku..Tuah tak pernah hilang daripada ingatan aku..rindu Tuah laaaaaaa...Tuah yang sangat bertuah, tiada penganti..ecewahhh...i need something new laaaa..hari tu ada la jugak kawan aku ni nak suruh tolong jinakkan dia punya sugar glider tapi sampai ke hari ni tak bayang pun lagi sugar glidernya..ada jugak nak kasi guinea pig punnnn tak nampak bayang jugak..haiii nasib badan..

with guinea pig

lupakan benda-benda yang sedih..jum mengimbau kenangan lama..macam tak percaya aku dah genap 23 tahun..yeaa 23 tahun tu muda lagi..banyak benda yang aku harus belajar..aku rasa aku dah cukup matang kot tapi ada sesetengah yang cakap aku belum matang..sebenarnya matang ni orang tengok berdasarkan apa??? percakapan kah? perbuatan kah? atau apakah???..okay tak kisah la matang atau tak, yang pasti kita hidup gembiraaaaa.. yang pasti kalau korang belum kenal seseorang tu dengan mendalam, jangan cakap dia belum matang..kadang-kadang seseorang tu sengaja tidak menunjukkan kematangan dia sebab alasan tertentu..dia sengaja tunjuk kebudakkan dia supaya dia sentiasa nampak gembira..jadi bergembiralah kita untuk nampak sentisa muda dan comel! haha (^__^)v

aku banyak belajar daripada pengalaman aku sendiri..walau baru 23 tahun aku hidup tapi pengalaman yang aku dapat macam melebihi dari umur aku sekarang..aku belajar daripada itu walaupun kadang-kadang aku lupa tugas aku..pengalaman aku bermula dari aku darjah 5 lagi..yang mana aku dengan rela hati meminta kebenaran daripada mak ayah aku untuk tinggal bersama nenek aku di kampung sebab masa tu atuk aku baru meninggal (al-fatihah) so teman nenek di kampung..tapi mak aku buat perjanjian dengan nenek aku, naik je tingkatan 1 balik duduk dengan family..sepanjang tinggal dengan nenek, aku banyak buat kerja sorang sorang..iyelah main masak-masak pun sorang..takkan nak ajak nenek plak kann, mau kena hempuk nanti..haha..masa tinggal dengan nenek ni aku mula masak..benda yang selalu aku masak ialah, ikan goreng masak pedas..wahhhhh gempak kan? haha..ikan plak aku akan pilih ikan kegemaran aku..kalau kat kelantan orang panggil ikan selayang..kalau kat kolompo ni orang panggil ikan sardin..woah ikan ni kalau goreng garing garing besttt saannngattttt..beli depan rumah je..dulu beli rm2 dapat dalam 8 ekor..8 EKOR okayy..kadang-kadang waktu cuti sekolah aku akan ikut nenek aku menoreh getah tapi teman je lah..nak suh aku toreh sekali mau hancuss pokok tu..haha..jalan kaki..jauh wohh..ikut jalan kereta api..kalau ada kereta api lalu berlari lari ketepi..haha..kalau aku tak ikut, bangun pagi mesti ada duit bawah bantal aku tidur, duit untuk beli nasi lemak depan rumah breakfast..haha..

seperti perjanjian naik je tingkatan 1, aku balik duduk dengan family..tapi sekejap jeww..sebab tingkatan 3 aku kena duduk asrama..ayah aku dapat transfer kerja dekat dengan rumah nenek..disebabkan aku dah register pmr kat sekolah tersebut terpaksalah aku tinggal di asrama..berjauhan lagi dengan family, balik 2 minggu sekali..masa ni agak susah sebab aku tak pernah naik bas sorang-sorang..tak pandai apa-apa..tapi tak pandai pun terpaksa lah belajar jugak..beranikan diri naik bas..habis pmr naik tingkatan 4 balik duduk dengan family..hehehe (^_^) tapi kejap je sebab aku dah tersuka duduk asrama..walaupun aku dengar ramai yang tak suka duduk asrama tapi aku lain..aku suka duduk di asrama sebab ramai kawan..

duduk asrama dari tingkatan 5 hingga 6..macam-macam la pengalaman ada..tapi paling best semasa tingkatan 6 la..masa ni macam-macam ragam..maklumlah rasa diri dah besar kan..di blame tu biasalah duduk asrama..hahaha sebab masa tu aku yang perangai tak berapa nak elok sangat ni telah dipilih oleh warden dan budak2 asrama untuk jadi pengerusi asrama perempuan..kelasss gitewww..wakakakka..bila aku fikir balik, tak adilnya aku dulu...aku tahu, ada sesetengah benda yang aku buat tu salah tapi ada jugak yang betul..setiap malam dan pagi sebelum pergi sekolah kena buat perhimpunan dulu kat asrama..tiap-tiap malam bagi peringatan kepada budak-budak supaya jangan buat itu jangan buat ini..*tapi kadang benda tu aku sendiri yang buat*...tiap-tiap pagi pergi check dorm kemas ke tak..ada baju yang tergantung kat luar campak turun ke bawah dari balkoni terus..rampas talifon (pasal ni jadi isu!!! awww tension tahap gaban gila2 ah masa ni..masa aku rampas talifon orang tu, aku ada pegang talifon budak lelaki..si budak lelaki ni plak pengerusi asrama lelaki..hahaha how funny!) ingatkan tak terkantoi tapi macam mana la boleh kantoi..apa lagi kena panggil dengan warden perempuan yang garang tahap 9/10!..tapi aku cakap je lah tu bukan aku punya..pastu sedap2 dia je cakap aku bawak talifon, dia cakap ada budak bagitau..waaaa ini panas gak sebab masa ni memang aku tak bawak talifon..bincang punya bincang settle..hahaha..last2 keluar peraturan baru kat asrama TALIFON DIBENARKAN di asrama dengan syarat hari sekolah kena masukkan dlm plastik letak nama setiap dorm 1 plastik..hari minggu tak balik boleh ambil..wahh cool giler ah.ishh kalau nak cerita pasal asrama ni banyak sangat laa..banjir masa exam laa..kena 'usik' laa..tu je lah boleh cerita..nanti aku cerita lagi yea..

habis stpm aku terus masuk unikl..disini la bermula segalanya..yeaaa segalanya bermula disini..wahh macam serius je kan..haha..aku masih agak-agak nak bercerita pasal permulaan ni..takpelah biar aku simpan dulu...ada masa aku cerita.. 

bersambung.....

*aku malas nak double check, kalau ada tersalah eja tu faham2 sendiri la ehh..haha* 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan