Khamis, 14 Mac 2013

hanya padaMU

minggu ni memang minggu yang sangat sangat sangat berat bagi aku..sampaikan semua orang tegur..''hang ni kenapa muka selebet ja'' ''syira kenapa akak tengok dah senyap sekarang'' ''syira dah tak macam dulu'' dan macam-macam lagi lah...jadinya disini, aku tahu yang aku tak boleh tipu diri aku sendiri untuk berlagak aku ok di depan semua orang..yes! mungkin boleh tapi untuk sehari dua saja..

pada waktu sekian sekian, dunia aku macam berhenti sekejap..aku terduduk..aku tahan semua..aku tersenyum selagi aku mampu..beratnya seperti aku sedang menggalas 1 tan batu..aku cuba berfikir secara positif..aku tidur walaupun hakikatnya aku sedang berfikir..aku tenang sekejap..

ketenangan itu kembali sakit bila ianya sekali lagi bermain di fikiran aku..sampaikan aku tak mampu lagi nak berfikir secara positif..sehingga hati aku menjadi tawar..mereka bermain dengan aku..tak! mungkin aku yang terlebih terasa walau hakikatnya aku tiada dalam cerita berkenaan..dia yang dulu atau aku yang dulu..persoalan itu bermain dalam kepala aku..jika dia yang terlebih dahulu, aku minta maaf..
maaf hujung rambut sampai hujung kaki..

aku tak pernah rasa sesakit ini sepanjang 24 tahun...tapi aku bersyukur kerana aku diberikan kekuatan..ianya tidak lama..aku duduk sejenak, berfikir secara rasional..kenapa aku perlu perlakukan diri aku sebegini, kenapa aku perlu bersedih..aku tak pernah mencipta kenangan..aku tak perlu dera diri aku untuk meratapi benda yang tiada kenangan bersama aku..aku tak bodoh untuk semua itu..

sambil itu, aku merayu pada Dia yang satu..lapangkan dada aku..jauhkan perasaan sakit itu..terima dengan hati terbuka..mungkin ada sesuatu yang akan datang..aku tersenyum sendiri..yea aku tau diri aku kuat..aku boleh..aku tahu perasaan itu bukan untuk menyakitkan tapi perasaan tersebut ialah menenangkan..sehingga suatu saat aku dah boleh tersenyum kerana aku tahu yea memang betul kata beliau, perasaan 'tersebut' bersifat tenang bukannya sakit..

dan sekarang aku tenang, aku tak tau nak rasa apa.. aku senyum..tapi sebelum aku mengakhiri semua ni..ada sesuatu yang aku perlu sampaikan..emmm untuk dia...untuk dia...

signature
see with evidence. and judge with facts.
lots of love - SR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan