Sabtu, 7 Januari 2012

fikir dengan hati yang tenang..bukannya dengan jiwa yang sedih

assalamualaikum...(^_^)...

rajin pula saya sekarang ni update entri baru yea..maklumlah bosan so mula la nak merepek benda yang entah apa-apa..LOSER...yea itulah perkataan yang mungkin saya boleh berikan kepada seorang hamba Allah swt ini..nak tahu kenapa???..sebab dia putus cinta dan emosi yang melampau-lampau..saya bukannya doktor cinta..saya mahu memberi pendapat saya..tak tahu betol ke tidak pendapat ni..minta maaf la kalau ada yg berasa tidak puas hati yea..

putus cinta???...memang patut BERSEDIH!...yela bercinta bertahun-tahun kemudian putus siapa yang tak sedih kan...TAPI!..nak bersedih tu jangan sampai ia memudaratkan diri kita sendiri..helloooo tak ada guna oke...terima la kenyataan yang si dia dah tinggalkan anda..life must go on people..buka mata, buka minda, buka hati..fikir baik-baik hikmah disebalik apa yang terjadi..mungkin ada seseorang yang jauh lebih baik daripada si dia..

jangan sesekali tunjukkan yang kita lemah, tunjukkan yang kita ada kekuatan..berdoa kepada yang SATU..jika si dia jodoh kita, berdoa supaya Allah swt buka hati si dia untuk menerima anda kembali..bukannya menangis hiba merayu-rayu si dia kembali kepada kita..dan jika si dia bukan jodoh kita, berdoa kepada Allah swt supaya jauhkan segala kesedihan dan tunjukkan jodoh yang betul untuk kita.



jangan terlalu emosi, anda hanya kehilangan seorang wanita yang hanya seorang teman wanita, dan anda boleh lagi melihat si dia hidup bahagia dengan pilihan dia sendiri..cuba bayangkan orang lain yang kehilangan orang yang dicintai selama-lamanya..tolong buka mata, buka hati untuk menerima kenyataan..

sejauh manapun kita berusaha untuk mendapatkan si dia balik, kalau dah tertulis si dia bukan untuk kita sampai bila-bila pun benda tu tidak akan berubah..ingat, jodoh itu ditentukan oleh Allah swt..hanya Dia yang tahu segalanya..kita hanya perlu mencari saja..dan bila tiba masanya Dia akan tunjukkan..



oleh itu, kita sentiasa perlu beringat. kalau sayangkan seseroang jangan sampai sayang kita tu melebihi sayang kita kepada Dia dan keluarga..jangan berikan sepenuh kasih sayang dan cinta kita kepada si dia...sesungguhnya Allah swt tu maha adil..Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..Dia sembunyikan pelangi, membiarkan hujan membasahi bumi dahulu..selepas itu baru terlihat keindahan disebalik itu..



sekian (^_^)

8 ulasan:

  1. betul2... yang penting kan... SAYANG DIRI SENDIRI DULU, BARU BOLEH SAYANG ORANG LAIN

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Nice entry...Cinta leh dtg bile2 masa..Tp kasih sayang bile dh dtg..leh hilang bila2 masa gak..X ke?
    Btw,telah mem-follow di siniiii ;-)

    BalasPadam
  4. nasihat yang berguna . . huhu :)

    BalasPadam
  5. betul tu.. anyway, like ur blog. simple and tak berat! follow you

    BalasPadam
  6. kt ni yg perlu kuar utk hadapi kan..hihi..

    nsht berguna ni.

    BalasPadam
  7. no one is going to love u if u dont love yourself. :)

    BalasPadam