Sabtu, 10 Mac 2012

banyak cerita untuk dikongsi bersama

assalamualaikum...(^_^)v...
pagi tadi upload gambar..malam ni nak kongsi cerita panjang-panjang pulak..ermmm belum sempat untuk dirindui dah update entri baru **haaaaa perasan, macam la ada orang nak rindu kan** ahh tak kisah la ada orang rindu ke tak tapi totap nak update jugak (^_^)v

ermmmm apa nak cerita yea....haaaa sudah!..sebab tengok movie kat tv9 ni terus lupa nak update pasal apa..**ketuk kepala sendiri, pikiaq pikiaq**

okeh2..setelah lebih beberapa minit pikiaq, idea dah ada..hoyeah hoyeah..**bertepuk-tepuk tangan ewahh, mengada la kau syira!** beberapa hari lepas memang agak sibuk, almaklumlah pindah rumah baru..

pasti ada yang tertanya kenapa saya pindah kan??...baca dibawah (^_^)v
kenapa pindah : sebab nak rasa hidup di tempat baru, pindah itu harus jika kita mahu berkembang dan rasa lebih selesa..
pindah mana : tak jauh, dekat je..kalau dulu level 15, sekarang level 16.
ada pulak macam tu : ada, saya dan kawan-kawan la tu..
rumah baru best tak : alhamdulillah, sangat selesa..terima kasih Allah swt kerana telah menyelamatkan hidup kami..hihihi

okeh! selesai pasal rumah..pendek je karangan pasal rumah tu..tak nak panjang-panjang nanti korang bosan sebab tak best..

sekarang nak cerita pasal banjir di Kuala Lumpur..seperti yang umum tahu Kuala Lumpur dibanjiri air yang turun dari atas **apa aku merepek ni** ok maksud saya hujan bro..hujannnnn..hihii..syukur alhamdulillah, hujan tu rahmat dari Allah swt..itu semua doa dari orang-orang Kuala Lumpur..tempat yang paling teruk banjir ialah di ampang..kampung baru pun tak kurang hebatnya dilanda banjir..kalau dulu, duk rumah lama boleh mengintai dari balconi rumah.satu kampung baru boleh tengok banjir..sekarang rumah baru dah tak boleh sebab mengadap belah lain..rumah saya memang tak kena la banjir sebab tingkat 15 der...ehh jap! silap! rumah saya sekarang tingkat 16..**maklumlah masih merindui rumah lama awww, tampar muka sendiri**.apa-apa pun kita sama-sama doakan mangsa banjir tersebut dapat menerima kejadian Allah swt ini..sesungguhnya setiap yang terjadi itu ada hikmahnya..(^_^)..okeh habis karangan pendek darjah 1 pasal banjir..

sekarang nak cerita pasal isu 'anak tinggalkan ibu di hotel bajet'..saya tak tahu nak cakap apa sebenarnya tapi nak jugak cakap **sebenarnya tulis**..ramai yang menghentam anak kepada ibu tersebut tapi tak kurang juga yang berfikiran positif..kadang-kadang kita tengok tajuk dalam paper pun kita dah judge macam-macam..ermmm entahlaaa..harap-harap anak dan ibu tersebut kembali bersama..jum kita rakyat malaysia sama-sama berdoa..**nak tahu lebih lanjut baca la paper, malas nak jadi wartawan takde lesen, hihi nanti kena saman..haha**..okeh! selesai pasal isu ni..(^_^)

sekarang nak tulis pasal isu kanak-kanak hilang..oowhhheh ada lagi..sebenarnya siapa yang perlu dipersalahkan..adakah ibubapa???.....aahhh ramai yang salahkan ibu bapa kalau baca kat facebook...manusia ni tak perfect!.semua orang perlu tahu itu.**tapi jangan guna alasan itu untuk menutup kesalahan sendiri** jangan terus cakap macam ni 'ah ada anak tak reti nak jaga'..erm betul saya ada baca orang tulis macam ni kat facebook dekat ruangan komen gambar kanak-kanak tersebut..cubalah fikir kalau anak kita yang hilang dan terbaca orang tulis macam tu, apa perasaan kita???????...dah la ibubapa sedih dengan kehilangan anak dia. tambah sedih lagi bila baca komen macam tu..apa yang perlu kita buat ialah sama-sama minta dengan Allah swt supaya kanak-kanak tersebut selamat dan berjumpa kembali dengan ibubapanya..okeh selesai..(^_^)

buku 555 :
malas nak upload gambar sebab tenet macam kura-kura yang baby tu nak belajar berjalan, tahu kan macam mana???...kalau tak tahu, google lah!..
ok cchaww! tidur baik-baik dan assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan (^_^) **kalau ada kesalahan ejaan tu, tutup mata rapat-rapat..haha**

1 ulasan:

  1. Sedey bl disahkan penemuan adalah dna dirang.. Haihhhh . Keeejam kn?

    BalasPadam